๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™๐™ ๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐˜พ๐™„๐™† ๐™”๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‡๐™„๐™† ๐™๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ - ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‚๐™„๐˜ผ๐™‰ 1

Seumur hidup aku, belum pernah lagi aku berjumpa dengan ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™๐™.Tapi buat perangai macam ‘hantu’ tu, ada-lah!. Nak kata takde hantu…ada pulak orang pernah jumpa. Nak kata ada hantu…aku pulak tak pernah jumpa. Jadi bila ada bercerita pasal hantu aku hanya menganga je lah mendengornye.


Satu ketika dulu ketika cuti sekolah, kami akan balik bercuti bersama ibu dan ayah di kampung Tok Ara di Muar. Walaupun seorang perempuan, kebiasaan di Muar seorang nenek juga di panggil ‘tok’.

Ketika berkumpul pada waktu malam sebelum tidur kami selalu di’hidang’kan dengan kisah-kisah misteri dan seram dari Tok Ara.

Pebagai kisah yang diperdengarkan. Antara kisah² yang top ialah kisah hantu ‘banyu adem’, hantu raya, harimau jadian yang ditunggangi helang, hantu noremah, hantu tiga beradik, pontianak kat hutan belakang rumah, langsuir atas rumah, hantu titi dan pelbagai lagi seumpamanya.

Kisah yang nak aku ceritakan ini adalah kisah adik aku Zara telah mengalami satu pengalaman yang tak dapat dilupakan hingga kini di rumah Tok Ara di mana pernah pada suatu malam di kala malam bulan mengambang penuh ketika Zara bangun untuk ke tandas sebab nak buang air kecil.

Rumah Tok Ara di kampung Muar ni kalau dilihat dari atas gambar rajahnya seperti huruf T. Kepala T yang melintang tu adalah anjung rumah kiri dan kanan dan badan T itu adalah laluan ke ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™– untuk ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ง๐™ช๐™ฃ๐™ž ke ruang dapur.

Di laluan menuju ke dapur inilah ๐™ก๐™š๐™ฉ๐™–๐™ ๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™ ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ก ๐™๐™ค๐™  ๐˜ผ๐™ง๐™– di sebelah kiri dan bersebelahan dengan tingkap dan sebelah tingkap itu ada pohon limau yang sama tinggi dengan tingkap tersebut.

Ruang dapur Tok Ara agak besar dan luas kemudian di sebelah kiri ada satu lagi ruangan dapur kecil dan dari situlah baru kita boleh ke bilik air. Agak jauh…dan untuk membuang air kecil ketika waktu malam yang sunyi agak menggerunkan jugaklah sebab bilik air tu ‘open’ hanya separuh sahaja temboknya dan tidak beratap terletak di luar rumah.

Berbalik kepada kisah adikku Zara yang nak ke bilik air tadi ketika dia melalui jalan untuk ke tangga dapur dia ternampak tingkap di sebelah katil Tok Ara terbuka luas dan kelihatan Tok Ara sedang duduk sambil memandang ke arah pohon limau yang berada di luar.

Keadaan ketika itu tidak berlampu namun dengan cahaya bulan mengambang yang terang itu dapatlah adik aku melihat keadaan Tok Ara yang memandang ke luar seolah olah sedang berbual bual.

Berbual dengan siapa tak dapat pulak adik aku nak pastikan. Keadaan rambut Tok Ara ketika itu agak mengerbang dan kelihatan menakutkan.

Zara dah tak sedap hati sebenarnya namun di teruskan juga melangkah tapi secara perlahan. Ketika menghampiri laluan di sebelah katil Tok Ara, Zara terdengar Tok Ara bertanya sambil memandang ke luar jendela “..๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ช ๐™—๐™ž๐™ก๐™– ๐™จ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ž ๐™”๐™–๐™..?”

Langkah Zara terhenti kemudian mengundur secara perlahan tanpa melihat ke arah tingkap yang sedang terbuka tu kemudian terus pusing berpatah balik ke tempat tidurnya. Langsung tak jadi kencing.

Pertanyaan “..๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ช ๐™—๐™ž๐™ก๐™– ๐™จ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ž ๐™”๐™–๐™..?" itu terngiang-ngiang dibenaknya sambil berkata dalam dirinya. “๐˜ฝ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š ๐™ข๐™ค๐™ ๐™จ๐™ช ๐™”๐™–๐™ ๐™™๐™–๐™ ๐™ก๐™–๐™ข๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ก. ๐™”๐™–๐™ ๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™–๐™ ?!”

bersambung ke Hantu Makcik Yah Balik Rumah-Bahagian 2











Comments