ππΌππΌπ-ππΌππΌπ π½ππππ½πΌπ
Dengan menjadi TUA sahaja TIDAK MENJAMIN seseorang itu DEWASA, tua di sini bermaksud dah lama hidup, lanjut usianya dan serba lanjut juga segala apa yang ada yang ada pada diri tubuhnya.
Umpamanya rambut yg dulunya hitam kini telah lanjut menjadi putih, pipi yg dulunya tegang kini telah lanjut menjadi kedut, gigi yg dulu kukuh telah lanjutan tanggal satu persatu. Apa lagi yang “lanjut” dan bergayut-gayut selebihnya anda ‘imagine’ lah sendiri.Definisi DEWASA pula ialah membawa maksud seseorang itu sudah besar, dah banyak pengalaman, pengetahuan serta MATANG. Itupun jika dia HENDAK dan SENANTIASA HENDAK BELAJAR sepanjang perjalanan hidupnya. Kalau tak, maka jadilah dia “KANAK-KANAK BERUBAN” Maksudnya tidak pernah mencapai dewasa. Segala apa sifat, perangainya semasa kanak-kanak dulu masih lagi dibawa hingga TUA. Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee “DAH TUA PON BODOH!”
Kanak-kanak jika tidak dipenuhi keinginannya dia akan MERAJUK, jadi kerja pulak nak memujuk. Jika nak menyuruh mereka buat sesuatu kerja umpamanya perlu kepada skill MEMUJI, MEMBODEK sebagai contoh “adek baik kan, tolong angkat tu kejap..” , “kakak pandai kan..kalau pandai, kakak kena BERALAH dengan adek” dan banyak lagi seumpamanya. Apa yang mereka tahu, NAK, NAK, NAK…nak tu, nak ni. Kalau tak dapat dia akan TANTRUM. Jiwa kanak-kanak juga mudah SENTAP, mudah TERASA, perlu dipujuk (dengan skill) setiap masa. Kalau kanak-kanak sebenar ok lagi. Kalau KANAK-KANAK BERUBAN, letih bhai!
Maka dengan itu perhatikanlah, apakah masih ada lagi “KANAK-KANAK BERUBAN” pada DIRI kita?? Jika ada cepat² lah merubahnya kerana ‘hari semakin senja’ takut² nanti TIADA ESOK BAGIMU.
Comments
Post a Comment