ππ πππππ ππΌ ππππΏπππ !!
Satu ketika bilamana aku sedang duduk berbual-bual dengan seorang sahabat di sebuah kedai makan & minum, tapi kami hanya minum je, tak makan. Beliau telah melontarkan kenyataan ini, katanya..
“Mengaku sebagai ISLAM belum tentu berIMAN. BERIMAN pula, belum tentu ISLAM kerana yang beriman masih boleh menjadi KAFIR dan boleh beriman semula dan jadi kafir semula malah bertambah-tambah kekafirannya..”
“Habis! Kalau belum Islam belum beriman nak buat macam mana baru ISLAM & BERIMAN yang sebenar??” Aku bertanya.
Sambil meneguk minumannya kemudian meletakkan kembali atas meja lalu beliau menjawab..
“KeIslaman yang sebenar hanya dapat dicapai dengan mengHIDUPkan serta mengAMALkan sifat TA’AT, REDHA, IKHLAS seterusnya menuju kepada sifat TAQWA.”
Sambungnya lagi….
“Sifat Taqwalah mengatasi segala galanya. Sifat TAQWA merangkumi sifat TA’AT, REDHA & IKHLAS. Inilah ciri-ciri SIFAT seorang HAMBA.Hanya seorang yang telah bersifat HAMBA sahaja yang dapat melaksanakan KERJA dengan TUNDUK & PATUH.” menghentikan kata-katanya sambil MELIHAT ke wajah aku yang sedang ‘blur’!
Lalu timbul persoalan dari kepala otak aku(*ting*!!) kemudian aku bertanya:
“MACAM MANA nak buat Ta’at ni?! MACAM MANA nak Redha?!
Ikhlas MACAM MANA?!
Beliau hanya senyum dan menjawab…
“Jawapan sebenar ada pada DIRI kamu dan masing²..”
“Apa jawapannya?!”
Aku agak teruja nak tahu.
“Paling simple saya nak bagi contoh pada kamu” katanya
“... jika kamu mengantuk..tidurlah berehat. Jika lapar & dahaga, makan & minumlah, Jika tubuh badan dah rasa melekit berminyak ,mandilah bersihkan diri, Jika nak duit kamu kena kerja. Semua perkara yang saya sebutkan ni perlu kepada PEKERJAAN atau PERBUATAN...”
Kemudian beliau minta diri untuk pulang sebab dah lewat malam. “Kita sambung next perjumpaan ya..! Kamu fikir-fikirkanlah dulu kita bincang kemudian”
sambil memberi isyarat lambaian tangan ‘goodbye’ dan senyum.
Jawapan yang membuatkan aku terpinga-pinga hingga sampai ke rumah. Aku terfikir-fikir, tertanya-tanya..”NAK BUAT MACAM MANA YA?”
hinggalah terasa mengantuk. Lalu aku teringat akan kata-kata sahabat tadi.
“...jika mengantuk tidurlah berehat…”
Lalu aku pun tidur.
Comments
Post a Comment