𝙆𝙊𝙍𝘽𝘼𝙉𝙆𝘼𝙉𝙇𝘼𝙃 𝙆𝙀𝘽𝙄𝙉𝘼𝙏𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉𝙈𝙐

 Dalam pencarian aku dari sudut tatabahasa dan kata akar mengenai “𝙖𝙙𝙝𝙖”(أضْحى) ada beberapa makna yang dijumpai. Ada yang merujuk kepada waktu selepas matahari naik iaitu waktu dhuha, ada juga merujuk kepada sembelihan binatang pada waktu pagi lepas matahari naik.

Sekiranya dibaca dari sudut fe’el naqis dalam tatabahasa arab ia membawa maksud “𝙠𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣". Yang ni kena tanyalah ustaz. Syarat, ustaz tu mestilah mahir dalam tatabahasa arab.

Walau bagaimanapun maksud “𝙠𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣” lebih dominan dalam bahasa arab moden kini dan kita semua faham bahawa perayaan ini dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban atau Aidil Adha.

Jika tiba saja harinya maka semua paham bahwa beberapa binatang ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, unta dan seumpamanya akan dijadikan korban yakni akan disembelih sempena memperingati peristiwa Ibrahim menyembelih anaknya Ismail lalu ceritanya anak itu ditukarkan kepada seekor qibas salah satu jenis dari kambing cuma bulunya tebal sikit.

𝙋𝙚𝙧𝙨𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 apa yang kita dapat belajar dari peristiwa sembelih-sembelih ni?! Sekadar nak bagi ingat je ke atau macam mana...? Ingat je dalam kepala otak “𝙖𝙠𝙪 𝙨𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞𝙝 𝙗𝙞𝙣𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙧𝙖𝙮𝙖 𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙣𝙖𝙠 𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙣𝙖𝙗𝙞 𝙄𝙗𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢 𝙨𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞𝙝 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙖”.Dah!

Lepas sembelih binatang sana sini kemudian menjalani kehidupan dengan 𝙎𝙄𝙁𝘼𝙏 𝙆𝙀𝘽𝙄𝙉𝘼𝙏𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 yang masih ada dalam diri macam biasa. 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙙𝙖𝙢𝙣𝙮𝙖, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙞 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙜𝙠𝙚𝙩𝙖𝙖𝙣, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙖𝙥, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙪𝙖𝙨 𝙝𝙖𝙩𝙞𝙣𝙮𝙖, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙪𝙣𝙜𝙪𝙩𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖, 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙪𝙣𝙪 𝙟𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙞𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙗𝙞𝙣𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.

Walhal latihan dah digazetkan setiap tahun bermula dari Ramdhan di mana umat Islam kena berpuasa sebagai latihan untuk menyucikan diri luar dan dalam selama 30 hari. Namun jika melantak makanan dan minuman seperti biasa lepas terbenam matahari pun tak jadi apa jugak! Sama je!

Sebab apa sama? Sebab darah masih kuat dengan makanan dan minuman. Apabila darah kuat maka segala 𝙆𝙀𝙐𝙋𝘼𝙔𝘼𝘼𝙉 yang ada pada diri juga automatik akan kuat termasuklah 𝘼𝙆𝘼𝙇 𝙁𝙄𝙆𝙄𝙍𝘼𝙉+𝙉𝘼𝙁𝙎𝙐 yang agak susah untuk dikawal ibarat “𝙡𝙖𝙡𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙠𝙪𝙧𝙪𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙡𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠” dia takkan mudah untuk diam. Menerawang ke sana ke mari.

Ok! Berbalik kepada raya korban tadi. Jika masih ada lagi sifat² seumpamanya yang aku sebut tadi di atas maka ritual yang kita buat itu hanyalah sebagai budaya ikut ikutan sahaja. Tak lebih dari itu. Ia akan menjadi “𝙖𝙜𝙖𝙢𝙖 𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙞𝙠𝙪𝙩𝙖𝙣” sejak turun temurun dari zaman tok nenek. Tiada 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙄𝙎𝙄𝘼𝙉 kepada 𝘿𝙄𝙍𝙄.

Ritual penyembelihan ini biasanya dilakukan oleh orang lelaki, kebiasaannya! Bukan kerana perempuan tak boleh buat akan tetapi dari segi kekuatan lelaki lebih sesuai untuk kerja penyembelihan ni. Jika ada perempuan/wanita yang kuat apa salahnya.

Jadi bagaimana nak dapat 𝙆𝙀𝙁𝘼𝙃𝘼𝙈𝘼𝙉 dari peristiwa nabi Ibrahim di zaman yang serba canggih ini?! Pandai cakap..! “Al Quran relevan sepanjang zaman” Apa kaitannya? Macam mana nak relevankan kisah-kisah yang terdapat dalam Al Quran dengan zaman kini?

Al Quran ni bukan untuk lelaki saje malah untuk semua umat manusia. Bermakna wanita juga terlibat dan berhak untuk 𝙈𝙀𝙉𝘿𝘼𝙋𝘼𝙏 𝙆𝙀𝙁𝘼𝙃𝘼𝙈𝘼𝙉 mengenai 𝙆𝙊𝙍𝘽𝘼𝙉. Barulah nama 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙈𝘼𝙃𝘼 𝘼𝘿𝙄𝙇 menjadi 𝘽𝙀𝙉𝘼𝙍.

So macam mana nak relevan-kan kefahaman dari peristiwa ni dengan zaman sekarang?? Iaitu kepada kedua dua jantina lelaki dan perempuan atau semua umat manusia..

Macam ni….letaklah setiap kita lelaki & perempuan semua adalah ‘Ibrahim’. “Ibrahim’ punyai 'Ismail'
‘Ismail’mu mungkin hartamu, egomu, jabatanmu,
gelarmu. ‘Ismail’mu adalah sesuatu yang kamu
sayangi dan pertahankan di dunia ini. Termasuk masih pertahankan segala perangai² yang disebut di atas tadi. Sayang untuk berubah jadi penyabar nanti orang pijak kepala pulak, sayang untuk merendah diri menghormati orang lain nanti kita dianggap bodoh dan lemah dan sebagainya. Menjadi ‘sayang’ dengan perangai-perangai tersebut.

Ibrahim tidak diperintah Allah untuk membunuh Ismail. Pada hakikatnya 𝙆𝙀𝘼𝙆𝙐𝙍𝘼𝙉 Ibrahim menurut perintah untuk
membunuh 𝙍𝘼𝙎𝘼 𝙆𝙀𝙋𝙀𝙈𝙄𝙇𝙄𝙆𝘼𝙉
terhadap Ismail itulah yang dilihat.

Karena jika direnung satu persatu tubuh badan kita luar dan dalam, depan belakang, kiri dan kanan, gerak dan diam kita, tiada satu pun milik kita waimah peluh setitik pun bukan. Hakikatnya semua adalah milik Yang Maha Memelihara,Yang Maha Pencipta.

Banyak yang kita rasa sudah menjadi bagian dari hidup kita, namun ternyata harus kita "𝙇𝙀𝙋𝘼𝙎𝙆𝘼𝙉" "𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙣𝙮𝙖𝙬𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙟𝙖𝙨𝙖𝙙" bermakna sekarang kena melatih dirilah..bertateh-tateh dulu pun takpe sebagai permulaan.

Orang yang kita cintai, harta yang kita sayangi,
dan pekerjaan yang kita cari-cari. Hingga kemudian kita 𝙏𝙀𝙍𝙎𝙀𝘿𝘼𝙍...bahwa sejatinya, kita tidak memiliki apa-apa pun di dunia ini.

Sebab..pada awalnya kita datang sendiri-sendiri dan pulang atau kembali sendiri-sendiri juga. Hilang segala apa yang kita sangkakan selama ini, hilang segala kurniaan yang diberi, hilang segala anggapan kepada tok tok guru yang kita sifatkan dapat menolong kita untuk 𝙆𝙀𝙈𝘽𝘼𝙇𝙄.

Yang Maha Memberi telah memberi kita hak guna, bukan hak milik. Hak untuk guna bermaksud pinjaman saja. Bila dah pinjam kena 𝘼𝙈𝘼𝙉𝘼𝙃 (bertanggungjawab)

Kita berasal dari tanah, dan akan kembali ke tanah. Begitu juga dengan binatang sembelihan tadi akan kembali juga ke tanah.
Kita dan binatang tadi hanyalah tanah, yang diberi nyawa. Dan dari tanah itu jugalah akan dijadikan manusia dan binatang yang lain.

~PANRITA

















Comments