π™†π™€π™π™„π™†π˜Ό π˜½π™π™ˆπ™„ π˜Ώπ™„π™‚π˜Όπ™‰π™π™„ π˜Ώπ™€π™‰π™‚π˜Όπ™‰ π˜½π™π™ˆπ™„ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™‡π˜Όπ™„π™‰

Macam biasa aku duduk ternganga sambil mendengar penyampaian.

“..Manusia boleh dikenal melalui SIFATnya.
Sifat TAK BOLEH menipu. Ia akan bagitau engkau walaupun engkau tak kata apape waimah engkau BERLAKON BAIK sekalipun!”

“..Sebab SIFAT merangkumi segenap juzuk badan dari hujung rambut sampailah hujung jari kaki malah termasuk sifat seseorang itu menghembus dan menarik NAFAS.

Kalau engkau tengah menggelupur atau menggelabah ayam cara bernafasnya sekian, kalau takut hantu, takut boss, takut bini atau macam-macam takut lagilah..,lain nafasnya, kalau marah..kasar turun naik nafasnya..”
sambil mencapai gelas teh tarik kat depan dia lalu meneguk, meletak semula kemudian menyambung.

“Sifat ni boleh kita definisikan sebagai keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat iaitu LUARAN atau keadaan yang dipunyai oleh suatu benda atau orang atau pembawaan perangai atau tabi’at DALAMAN seseorang”

“Kalau sifat luaran ni senang! Kasar mudah kau nampak, tapi kalau dalaman engkau perlu kepada latihan yang berterusan tanpa putus!” Katanya lagi.

“Selain dari itu KATA-KATA juga boleh MEMPAMERKAN sifat. Dia takde kata istilah popular yang selalu engkau dengar...alah dia tu mulut je jahat, tapi hati dia baik..”

“Kalau dah mulut jahat bermakna dalaman pun kurang molek ler.. Tulah cerminan dalamannya. Ibarat engkau membancuh air teh DALAM teko, tentulah yang KELUAR air teh bila engkau tuang. Takkan air sirap! Simple!”

“Kalau dia suka tengok ‘blue’, melucah je kejenya dah tentu lontaran pandangan mata kepada yang tak elok jugak, kata-kata pun berbaur lucah. Ceritanya hal perempuan saje! Sebab itu yang diisi dalam tubuh dia..macam kes bancuh air teh tadi la..tengok pada pengisian dia atau kecenderungan dia..kalau politik habis semua benda nak dipolitaik kan!”

“..Cuba engkau perhatikan, perhalusi nafasnya ketika dia bercerita bab perempuan, perihal orang, tak puas hati macamana nafasnya gerak gerinya. Kalau dia bengang dan marah nafasnya gerak gerinya macamana..Kalau dia suka, sedih, gembira…PERHATIKAN!”

“Manusia akan terus menerus mempamerkan SIFATnya tanpa SEDAR”

“Kalau dia DAH SEDAR camne !?” tanya aku.

“Kalau DAH SEDAR nak ke engkau pamerkan yang buruk?!”
“Contoh!”
“Engkau ada kat sebuah majlis engkau DAH SEDAR zip ‘seluo’ kau terbukak..kau nak berjalan lagi di tengah-tengah orang ramai tu..?!” katanya. Tak ye jugak…

“So macamana aku nak boleh dapat perhatikan sifat orang ni?” Aku bertanya…

“Oh untuk itu engkau kena berlatih MEMERHATI kemudian engkau BACAlah..” jawabnya ringkas.

“Apa yang aku nak baca??”

Dia jawab benda yang sama. “Bacalah!” …”baca..!” sambil membuat isyarat tangan dan jari telunjuk MENUNJUK KE ARAH AKU sambil tunjuk dari kepala hingga ke kaki berulang ulang. Aku terkebil-kebil, nganga….

Sambil tergelak (agaknya tengok aku ternganga dan terkebil-kebil) dia berkata..

“..Sebenarnya dalam kehidupan ni BUKAN sifat orang yang kau kena BACA atau PERHATIKAN..”

“..Sebenarnya SIFAT ENGKAULAH yang kau kena PERHATIKAN dan BACA. Semasa engkau ‘membaca’ jika ada terjumpa kesalahan atau kesilapan ‘huruf’ maka engkau perbaikilah..”

“..dan perkara ini engkau kena buat berterusan tanpa putus..sehingga NYATA ayat 48-52 pada surah Ibrahim..”



Comments