ππΌππΌπ πππππΌπ ππΌπ πππ ππΏ ππΌππΌ πππππΌπππΌπ ππ½πππ
“Jika engkau ENGGAN MENDENGAR KEBENARAN DUA KALIMAH SYAHADAH maka TIADA SIAPA boleh buat kau TERIMA KEBENARAN itu, sebab Allah takkan ubah nasib kau kecuali engkau yang BERUBAH..” kata seorang sahabat ketika aku duduk berbual bersama beliau di sebuah cafe.
“..Untuk MENDENGAR dan TAHU sesuatu PENGETAHUAN yang baharu, engkau kena meletakkan ke tepi atau simpan dahulu apa yang kau dah TAHU sebelum ini. Itupun sekiranya engkau ada belajar sebelum ni..” sambungnya lagi.
“..Macamana aku nak letak ke tepi atau simpan sesuatu kebenaran lain yang aku dah TAHU sedangkan yang tahu itu ialah AKU..??”
Sambil tersenyum dia membalas.
“..Memanglah yang tahu itu adalah engkau dan engkau MENYANGKA engkau dah TAHU namun hanya sekadar tahu saja. Ia tidak disambut oleh YANG MAHA MENGETAHUI..”
“..yang maha mengetahui ni…macamana nak faham..?!” aku bertanya sambil mengerut mata pandang dia.
“..Yang Maha Mengetahui ni ialah TUAN AMPUNYA yang mengetahui & TUAN AMPUNYA yang tidak mengetahui..DIA-lah PEMILIKnya..” katanya.
“..ahh jeng otak kawe..” qolbu aku cakap bahasa Kelantan. Tapi kepala aku angguk-angguk macam faham.
“Untuk mempelajari sesuatu PENGETAHUAN yang baharu atau kalau kau nak tahu sesuatu kebenaran engkau kena datang dengan GELAS YANG KOSONG bukan dengan gelas yang berisi air yang penuh. Kalau aku tuang air ke dalam gelas engkau yang penuh itu dengan air yang lain..confirm air tu akan tumpah” sambungnya lagi.
“..untuk mendapatkan PENGETAHUAN engkau kena datang dengan HORMAT, MERENDAH DIRI, TUNDUK dan PATUH…kena SUJUD! kalau boleh meniarap kau meniarap..!” katanya.
Aish!! Takkan teruk bebenow sampai macam tu sekali yeop??! Tak ke gielernya yeop!? Apekenameenye!?
Aku berseloroh gelak-gelak tapi pertanyaan aku serius tu…Kelakar seram nama dia.
Kemudian beliau menyambung lagi katanya “..bukan tubuh badan kau yang aku ceritakan..! Aku cerita pasal SIFAT!”
“SIFAT engkau tu yang kena datang dengan HORMAT, MERENDAH DIRI, TUNDUK dan PATUH…kena SUJUD! kalau boleh meniarap kau meniarap..! Yang DALAMAN DIRI kau tu..Itu yang kena TUNDUK!, itu yang kena SUJUD! Kalau tidak, sampai kiamat pun kau takkan dapat apa-apa. Biar seribu orang guru engkau belajar sekali pun.
“..ohh..!”
Comments
Post a Comment