π™Žπ™€π™Šπ™π˜Όπ™‰π™‚ π™‚π˜Όπ˜Ώπ™„π™Ž π˜Ύπ˜Όπ™‰π™π™„π™† π˜½π™€π™π™‰π˜Όπ™ˆπ˜Ό π˜Όπ™„π™‰ π™…π™π™‚π˜Ό π˜½π™Šπ™‡π™€π™ƒ π™ˆπ™€π™‰π™„π™ˆπ˜½π™π™‡π™†π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™‰π™”π˜Όπ™†π™„π™

Baru-baru ni aku ada membaca perkara berkenaan PENYAKIT AIN. Lalu aku teringat dalam pejabat aku ada seorang gadis cantik yang bernama Ain.
Adapun begitu, PENYAKIT AIN yang aku nak cerita ni bukanlah bermaksud gadis yang bernama Ain ni tadi ada penyakit! Walaubagaimana pun dia juga(Ain) berpotensi untuk jadikan seorang lelaki “sakit” haha..

Penyakit Ain atau untuk mudah paham bahasa kita ialah Penyakit Mata. Kalau nak pecahkan maksudnya bolehlah kita kata PENYAKIT YANG TIMBUL DISEBABKAN OLEH MATA orang yang memandang kita. Persoalan.. bagaimana pulak kes kalau orang yang buta matanya?? 

Ain dikatakan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan umur. Hal ini juga dikatakan berpunca dari PANDANGAN ORANG YANG MENYUKAI KITA mahupun SESUATU KEPUNYAAN KITA atau HASAD (melayu kata dengki) yang ada pada PANDANGAN ORANG YANG MEMBENCI KITA mahupun SESUATU YANG ADA PADA KITA. Lagi sekali pertanyaan..Bagaimana pulak kes kalau orang yang buta matanya?? 

Lalu aku berfikir, bagaimana pulak pandangan mata orang lain boleh memudaratkan seseorang yang lain?? Apakah ada KEKUASAAN pada pandangan mata orang selain dari KEKUASAAN YANG ESA?

Lalu aku mencari dan mengkaji kisah PENYAKIT AIN ni. Ada jugak terbaca dan tengok video seorang ustaz yang sakit dikatakan beliau terkena PENYAKIT AIN. Iaitu pandangan orang yang dengki kepadanya.
Persoalannya adalah, Apa kaitannya?? Orang yang sakit hati dengan kita bila dia pandang kita disertakan dengan perasaan dengki pada dirinya, kita dapat celaka??
Ada juga yang mengatakan kalau tengok bayi atau budak budak kecik kita tak boleh nak puji lebih lebih nanti budak tu sakit. Tambah jem kepala otak aku! Siap ada simptom atau tanda-tanda antaranya kita boleh jadi malas, takde mood, badan lemah-lemah, sering sakit perut berak cair dan sebagainya. Semua tanda-tanda ni adalah sebab ada orang dengki kat kita?????

Rata rata aku cuba mencari dan mendapatkan jawapan namun jawapan kebanyakan tetap sama macam semua dah setuju. Seolah macam ada magic pada pandangan mata yg dikatakan boleh menjadikan seseorang jatuh sakit ni. Seolah olah orang lain berpotensi memberi kita musibah dengan satu pandangan mata saje. Puas mikir…..

Pada fikiran dan pandangan aku pulak berkenaan PENYAKIT AIN ini ialah sekiranya di bawa kepada DIRI SENDIRI barulah masuk akal. Sebagai contoh AKU MEMANDANG ATAU MELIHAT dengan MATA (dalam bahasa arab mata=ain) di mana si pulan yang tengah happy dan ceria bersama keluarganya atau skandalnya atau kawan-kawan dia yang lain. Maka aku yang memandang inilah yang sepatutnya mendapat sakit. Iaitu SAKIT JIWA & SAKIT HATI. Lama kelamaan sakit inilah yang boleh membawa kepada kemudaratan tubuh badan serta pengaliran darah dan pernafasan pun jadi tidak teratur. Lama-lama jadi bosan, takde mood, malas, rasa dipinggirkan dan pelbagai lagi sakit jiwa yang lain. Kalau berterusan hari hari buat perangai yang macam yang aku sebut tadi barulah CONFIRM AKAN JATUH SAKIT! Baru betul namanya PENYAKIT AIN!



Comments