ππππ½π ππΌππ ππππΌπ ππππππΌ
Ketika bergaul dengan sahabat sahabat di Negeri Sembilan yang lalu sering aku terdengar ungkapan “busuk ati eh(nya)..” “dah itam ati eh(nya)!!” (Dah hitam hatinya)
Hati yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang, sebenarnya itulah Qolbu. Qolbu ni ialah bahasa arab, maksudnya JANTUNG. Kalau hati, arab panggil ΩΨ¨Ψ― (kabid). Tu sebab orang putih atau mat saleh ada menyebut “you’re always in my heart” dia tak kata “you’re always in my liver”. Orang kita panggil qolbu ni hati sejak zaman berzaman. Sebagai contoh “sakit hati betul aku tengok dia..” atau “makan hati aku berlakikan/berbinikan kau..” Kesimpulannya orang kita faham Qolbu = Hati / Hati = Qolbu. Titik.Qolbu ni boleh jadi hitam, boleh jadi putih. Berbolak balik sifatnya kejap ok, kejap tak ok, kejap alim, kejap macam syayatun. Yang terbaik ialah PUTIH TIDAK, HITAM PUN TIDAK.
Qolbu yang hitam ni bermakna hati yang dah GELAP dan gelap ni bolehlah dikatakan dalam keadaan BUTA.
Qolbu yang BUTA bukan saja tidak dapat melihat malah ia tidak dapat mendengar dan berfikir dengan baik dan waras. Mesti nak koner sana koner sini. Tak MUSTAQIM jalannya.
Bagaimana gambaran QOLBU YANG BUTA ini?
Qolbu yang buta keadaannya amat gelap..gelap gulita! Umpama laut yang amat dalam lagi dalam sehingga cahaya matahari pun tak sampai ke kedalaman tersebut.
Lepas tu atas laut tu pulak diliputi ombak, atas ombak tu ada ombak lagi. Bukan kecik² anak ombaknya. Ombaknya ombak ganas Lautan Hindi. Kemudian atas ombak tu pulak diliputi awan. Awan yang amat gelap gulita ada petir halilintar yang ganas macam nak jadi ribut petir..ribut taufan.
Dan di atas awan tu tadi ada ada awan yang sama gelap gulitanya seperti awan yang mula-mula tadi.
Hingga jika di keluarkan tangan letak depan muka pun hampir boleh jadi tak nampak tangan tu.
Itulah gambaran qolbu(hati) yang gelap gelita lagi amat gelap dan hitam.
Untuk mengenal pasti ciri-ciri qolbu(hati) hitam ni amat mudah. BOLEH TEST sendiri. Cuba perhalusi diri kepada perkara² yang sebesar-besar hinggalah ke perkara² yang sekecil-kecil dan dianggap remeh. Dan kita sendiri boleh tahu bahawa apakah hati(qolbu) kita dah hitam atau separuh hitam atau masih lagi ada titik titik hitam.
Kalau gelap ia akan terus menjadi KESUMAT. Kesumat ni bermaksud suka akan SENGKETA, suka MENGHITUNG suka BERMUSUHAN, mudah MEMBENCI, menjadi PENDENDAM, sering IRI HATI/DENGKI serta timbul satu KEHIBAAN dlm (hati)qolbunya. Diri akan berasa ‘down’ tidak berguna dan disisihkan.
SAKITNYA AKAN TERASA DI BAHAGIAN DADA. Jika membuat sesuatu pekerjaan, yang difikirkannya adalah untung rugi. Sebagai contoh kalau o.t ditipunya o.t claim lebih dari sepatutnya. Setiap apa jua pekerjaan hingga sekecil kecil kerja diharapkan upah dan balasan. Jangan engkau samakan pulak dengan gaji. Gaji bab lain. Takkan kerja taknak gaji. PMX boleh la tak ambil gaji.
“..oh kalau nak angkat barang ni kena belanja ni..” “..tolong?! aii! takkan tolong je..makan² takde ke..upah takde ke..” “...nak ke mana tu..? belanja la...” satu dua contoh ayat sebagai mengesan tanda² kudis yang ada dalam qolbu. Kerjanya asyik meminta minta. Walhal setiap kelakuan dan kata mencerminkan akhlak. Kelihatan seperti gurauan namun hakikatnya ialah ia telah sebati dalam diri dan telah menjadi SIFAT yang terbentuk pada dalaman maka terjadilah kebiasaan DALAM BENTUK GURAUAN. Berhati-hatilah dalam kata-kata dan kelakuan. Seperti yang telah aku tulis pada artikel sebelum ini bahawa SIFAT TIDAK BOLEH MENIPU walaupun engkau BERLAKON baik.
Timbul pertanyaan. Bagaimana pula dengan hati yang dah putih, suci dan bersih?? Apakah kita boleh tahu?! Jawapannya BOLEH! Akan TETAPI sebaik sahaja engkau mengatakan bahawa hati engkau dah bersih, suci dan murni “aku takde pape aku ok je..” dan seumpamanya makanya ketika itulah SEBENARNYA hati(qolbu) engkau masih terdapat kegelapan atau titik titik hitam.
Pening sikitlah statement ni tapi cuba RENUNGKAN dan BERFIKIRLAH.
Comments
Post a Comment