ππππΌππΌ π½πΌππΌπ πππππΌπ...! (ππππ πππ£πππ£ π£πππ πΏπππ)
Dalam kehidupan harian, perbuatan MENGUMPAT dan MENGATA BELAKANG, TIKAM BELAKANG, MELAGA-LAGAKAN memang tak boleh dielakkan tak kira sekeras mana usaha engkau untuk mengelakkannya ia pasti tetap akan datang. Namun yang pasti ‘main’ belakang boleh dielakkan. Kecuali suka sama suka lah!
Apabila datang seorang yang ‘FASIQ’ membawa khabar berita, apa yang PENTING ialah kepada si PENDENGAR. Jika TIADA BENTENG yang kukuh maka si pendengar akan sama HANYUT dibawa arus berita yang dibawa oleh si FASIQ.
Sebut kepada perkataan fasiq. Fasiq membawa maksud orang yang telah menyimpang dari jalan yang benar. Bukan KELUAR tapi MENYIMPANG. Ada belok-belok la senang cerita, TAK lurus jalannya. Kejap masuk jalan betul, kejap kang dia keluar balik.
Tugas PENDENGAR hanyalah MENDENGAR. Maka jadilah pendengar yang baik. Apa ciri-ciri pendengar yang baik?
Dia MENDENGAR dengan TELITI.
Sebab memang tugasnya hanyalah MENDENGAR bukan MENYAMPAI.
Kebiasaannya si FASIQ yang membawa berita pasti akan bertanyakan soalan atau pendapatnya kepada si PENDENGAR. Ini kerana si PENDENGAR hanya dari tadi mendengar tanpa apa-apa respon. Maka ketika inilah baru si PENDENGAR layak memberi respon atau soalan untuk lebih penelitian sebab telah diminta.
Seorang PENDENGAR sering disalah ertikan sebagai tali barut atau penyokong kepada pihak yang dikata atau diumpat. Namun si PENDENGAR tetap dengan pendiriannya “..PEDULI BAPAK APA AKU.., APA KAU NAK PIKIR!!”
Comments
Post a Comment