π™Žπ™„π˜Όπ™‹π˜Ό π™„π˜½π™‡π™„π™Ž? π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™Žπ™„π˜Όπ™‹π˜Ό π™Žπ™”π˜Όπ™„π™π˜Όπ™‰?

Kebiasaan ramai yang tahu bahawa IBLIS ni kerjanya menyesatkan umat manusia sehingga hari mereka(manusia) DIBANGKITKAN (يُΨ¨ْΨΉَΨ«ΩˆΩ†َ). Ada juga yang menggambarkan iblis ni sebagai satu lembaga yang seram dan mengerikan, bersayap, bertanduk, berekor bagai. Tapi seperti mana rupanya IBLIS ni tidaklah dapat kita ketahui melainkan dengan cara MENGESAN KEHADIRAN SERTA TINDAK TANDUKNYA.

Pada pengamatan aku untuk mengesan tindak tanduk IBLIS ialah melalui lima perkara iaitu AKAL, FIKIRAN, INGATAN, PERASAAN & NAFSU. Aku menamakan kelima lima komponen ini tadi sebagai SIFAT TUBUH atau SAHABAT TUBUH. Sungguhpun kelima lima komponen ini tadi memang telah lama ada dan bertapak dalam diri manusia dan juga diperlukan dalam kehidupan harian namun ia juga adalah sebagai medium MENGESAN tindak tanduk IBLIS. Sebab aku fikir..,macam mana lagi kita nak tahu dan menafikan ‘bisikan’ iblis ni kalau tak melalui SIFAT/SAHABAT TUBUH??

Adapun begitu, bagi aku SIFAT TUBUH tadi haruslah ada pengisian PENGETAHUAN. Selain dari kisah yang terdapat dalam kitab-kitab. Pengetahuan berkenaannya harus lahir juga dari PEMIKIRAN yang kritis dan halus. 

Sebagai contoh:
1)Seperti apa itu Iblis?
2)Apa maksud Iblis?
3)Dari mana datangnya ketika dalam kita sedang menjalani kehidupan harian?
4)Bagaimana nak mengenali bahawa itu adalah ‘bisikan’ atau tindak tanduk Iblis?
5)Bagaimana cara untuk menangani serta menundukkan Iblis? Apa metod nya?

Selain dari kebiasaan yang kita baca dan dengar adalah dengan mengamalkan solat jangan tinggal, sentiasa berzikir, sentiasa berdoa, baca quran dan pelbagai lagi ritual seumpamanya.

Namun masih ramai juga yang tergelincir dari ‘LANDASAN YANG LURUS’ walaupun ada yang solatnya tak pernah tinggal lima waktu kadang sampai hitam dahinya bersujud tapi perangainya naudzubillah. Masih mencarut, masih tak jaga pandangan, tutur kata budi bahasa, pantang nampak PUNGGUNG PEREMPUAN yang bulat bulat lantas terkeluar dari lidahnya menceritakan akan hal tersebut. Ini kalau lelakilah.Yang perempuan aku tak dapat nak pastikan diorang ni tengok lelaki macam mana dan bahagian mana. Tak pernah pulak aku tanya hahahaha. Lepas tu pantang nampak perempuan yang cantik, tersembul bijik matanya menelan air liur. Kesian pulak yang tak berapa nak cantik. Perempuan pulak mungkin pantang tengok muka hensem sikit, plus tutur kata dan budi yang baik terus terpikat. Pantang ada BINI/LAKI ORANG layan puji lebih sikit dah mula merenyam geli geli dan gatal gatal. Kalau boleh nak jumpa hari² sanggup MENIPU anak laki/bini utk berjumpa walaupun hari cuti.

Hidupnya penuh dengan sifat BERPURA-PURA. Pura-pura tak tahu, pura-pura takde apape berlaku. Ini kalau yang ada SKANDAL lah. Kalau BUJANG tu takdehal!

Namun bab Iblis tadi terkait kepada semua tak kiralah engkau bujang ke, duda ke, janda ke, laki orang ke, bini orang ke, bapak, mak, atok ..semualah!
Dalam pekerjaan pulak pantang kena buat kerja lebih sikit langsung dikira kerjanya berapa kali, kerja orang berapa kali. 

Berbalik kepada contoh pengetahuan tadi tentang bagaimana nak tahu tindak tanduk Iblis…senang cerita kita nak bagi dia sujudlah walaupun cerita dalam kitab mengatakan Iblis takkan sujud sehingga hari manusia DIBANGKITKAN (يُΨ¨ْΨΉَΨ«ΩˆΩ†َ). Tapi takpelah, kita fikir waktu sekarang dulu.

Ada satu hari pernah aku didatangi seorang rakan bertanyakan pada aku tentang ber TA’AWWUDZ”. Kata ini berasal dari bahasa arab (ΨͺَΨΉَوُّΨ°) yang bererti MEMOHON PERLINDUNGAN atau BERLINDUNG.
Katanya “kita tahu yang iblis ni selalu akan menyesatkan manusia, tapi kenapa bila kita nak baca quran masa nak berta'awwudz’ kita akan baca ‘auzubillahi minashsyaitonirrojim’ kenapa sebut syaitan tak sebut iblis?” Tak ye jugak kata aku “syaitan ni siapa pulak…..?”




Comments