πΌππΌππΌπ ππΌππ ππΌππππ ππππππ πΏπΌπ πππΌππΌ
Dalam keseluruhan amalan hidup seseorang BERFIKIR merupakan amalan paling tinggi dan utama. Ia bukan sekadar aktiviti mental dan otak je, tapi ia adalah suatu jalan menuju kesedaran, kefahaman dan pencerahan untuk diri.
Lantas timbul persoalan penting “apa sebenarnya yang harus kita fikirkan?” “Nak fikirkan apa?”“Hidup je la macam biasa, bangun pagi mandi, gosok gigi, gi keje, jumpa skandal, makan, minum, tidur pastu esok saya ulaaaaanggg balik benda yg sama…apedehal??! go with the flow lah!..buatpe nak pening²??
Hakikatnya, kehidupan harian kita dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh dipikirkan dari hal remeh hingga soal besar yang menyentuh makna hidup, tujuan, dan tanggungjawab sebagai manusia di sisi pencipta dan masyarakat.
Namun, tidak semua yang boleh difikirkan itu wajar difikirkan. Ada yang penting, ada yang sekadar gangguan. Malah, ada juga yang langsung tak perlu difikirkan kerana hanya menghabiskan tenaga jiwa tanpa ada apape manfaat.
Maka, seni berfikir bukan semata mata memikirkan segala galanya, tetapi memilih dengan bijak apa yang layak diberi ruang dalam benak fikiran kita. Fikirkan yang memberi faedah. Fikirkan yang membawa kita LEBIH DEKAT KEPADA KEBENARAN DAN KETENANGAN.
BUKAN PIKIR
“macamana aku nak dapatkan bini/laki orang ni..”
“macam mana aku nak jatuhkan dia ni..”
“Apa aku nak hasut orang supaya benci kat dia..”
TAK..BUKAN..BUKAN PIKIR MACAM TU.
Berfikir atau merenung sejenak adalah lebih baik dari beramal seribu tahun…maksud perumpamaannya kalau seribu tahun dapat hidup sihat dan buat amal..tapi tidak memikirkan segala sesuatu kejadian yang ada di MUKA BUMI maka hanyalah sia sia. Boleh rujuk MAKSUD MUKA BUMI pada link di bawah.
Kerana di hujungnya, kualiti hidup seseorang itu bukan ditentukan oleh apa yang dia miliki tetapi pada apa yang ada di PEMIKIRANNYA.
Comments
Post a Comment