ππΌπππΌπ πππ, ππΌπππΌπ ππΌπ πππ
Santan yg dijual sekarang telah dikategorikan sebagai "yang ori" & "yang tak ori" . Ori=original. Dulu ingat kat bengkel kereta je ada 'spare part' ori & tak ori. Harga kedua² bungkus santan "ori" ni ialah RM10 (sekilo)
Yang aku pelik, yg dok nak juai, nak kelaskan ori tak ori tu pasai pa? Barang makan kotπ
Isok akan ada la tu cencaluk ori, tempoyak ori, belacan ori, kopok leko ori...dak laa point dia..yg pi cita bagitau kat org ori tak ori tu pasai apa?! (Jujur la tu)☝πΌπ π π
Tiba² aku teringat satu peristiwa berlaku masa bulan Ramadhan dulu pernah membeli sejenis kuih yg kami panggil "kuih bom" (round shape & bersalut bijan) diperbuat dari tepung pulut dan berintikan kelapa.
Semasa kami makan kuih tu, inti kelapanya langsung takde rasa lemak. Dah la mcm tu..kering berlerai intinya macam kelapa yg dah diperah santannya. Lalu aku terfikir apakah kuih bom tu intinya "tak ori" ? Apakah mungkin akan datang, peniaga² akan meletakkan kuih mana ori dan yang mana tak oriπ€π€π€π π π senyum guys, senyumπ€
Comments
Post a Comment