ππΌππ πΏππΌ ππΌππ-πππΏππ πΏππΌ ππΌππ
Suatu ketika aku pernah dijemput oleh Khalid (bukan nama sebenar) untuk hadir ke rumah sahabatnya di Klang.
Kata Khalid..“..kalau kau nak tahu apa-apa berkenaan hakikat kau tanya je dia..”
Dalam perjumpaan muzakarah tu antara isi perbincangan di saat akhir lewat malam sebelum kami balik beliau telah memberi "buoh mikir" bak kata ore kelate..
“...Setiap perkara yang berlaku DALAM KEHIDUPAN sebahagian besarnya adalah PENGULANGAN….saya ulaaaaanggg….Setiap perkara yang berlaku dalam KEHIDUPAN sebahagian besarnya adalah PENGULANGAN”
aku tergelak sikit masa dia cakap saya ulang tu, kelakar jugak orangnya.
Maksudnya apa yang kita buat hari-hari ni adalah benda yang sama. Dari celik mata bangun tidur hinggalah kita tidur balik.
“Cuba tengok balik, apa yang tak ulang?! Semua berulang..!” sambungnya lagi
Sambil tengok siling rumah aku bisik dalam qolbu “..mati je tak ulang.....”
Tiba-tiba lepas je kata-kata yang terbit dari qolbu aku tadi terus beliau menyambung “...mati ulang, hidup pun ulang..! Engkau akan mati dua kali, hidup dua kali..”
“..pulok dah..” kata aku dalam qolbu. Macam dia boleh dengar pulak bisikan aku. Tapi aku buat steady je, wajah tetap memandang dia bercakap seolah menumpukan.
“Kebanyakan hanya tahu membanyakkan makan, membanyakkan minum, kencing lepas tu berak.., banyak pulak beraknya tu!!”
Sambil dia tergelak kemudian menyambung.
“Bersenggama, mandi, banyak tidur, nak senang, nak menang dan nak kenyang! Tak puas hati sana, tak puas hati sini, bengang sana, bengang sini, tipu sana, tipu sini, cucuk sana, cucuk sini, dia tu kena cucuk, dia ni mencucuk dan pelbagai lagi pengulangan sifat KEBINATANGAN”
“Jika tiada PENGISIAN ILMU KEJIWAAN maka manusia akan cepat BOSAN. Bila bosan maka cepatlah hidupnya terdorong kepada perangai-perangai yang MELAMPAUI BATAS! Sebab hidupnya hanya DITERAJUI oleh NAFSU semata-mata..nafsu yang tidak DITERAJUI oleh AKAL yang BERILMU”
Ketika diri aku berbisik dalam qolbu “..ilmu macam mana nak terajui nafsu ni....?!”
Beliau terus menyambung “..untuk AKAL menerajui NAFSU, akal tersebut perlu diisi dengan ILMU untuk mendapatkan ilmu, engkau kena cari kena selidik kena kaji, wajib mengikut DISIPLIN ILMU. Wajib berTERTIB. Untuk BERTERTIB kena mulakan dengan SIFAT YANG TENANG untuk jadi TENANG engkau kena bermula dengan NAFAS YANG TENANG untuk dapatkan nafas yang tenang engkau perlu kosongkan FIKIRAN supaya tak menerawang, untuk supaya fikiran engkau tidak menerawang engkau kena MEMBERI TUMPUAN..untuk memberi tumpuan engkau kena menggunakan ALAT yang ada pada diri engkau..jangan tau guna alat sulit je..” sambil beliau berseloroh.
Aku tergelak lalu bertanya “..apa alat yang kita nak guna tu..?”
"MATA dan TELINGA..” jawabnya ringkas.
Aku menyoal semula “..kalau orang tu pekak dan buta macamana..?!”
“Itu kita bincang lain bab, lain masa..” katanya sambil ketawa sambil bangun bersalam sebagai tanda untuk menamatkan perbualan.
Aku macam “..hek eleeh..”
Ketika aku memandu balik ke rumah. Terlupa pulak aku nak tanya bab “MATI DUA KALI, HIDUP DUA KALI” tadi….-+×÷*@%???
Comments
Post a Comment