๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—ญ๐—˜๐—ž๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ง?

​Rezeki tak suka digenggam… rezeki suka dialirkan.

​Rezeki ni sifat dia mengalir. Macam air, bila mengalir, dia bersih. Bila bertakung lama, dia jadi keruh.

Sama macam duit, peluang, idea dan bantuan. Bila kita terlalu takut kehilangan, hati mula sempit. Bila hati sempit, medan pun jadi sempit.

​Kadang kita nak rezeki masuk, tapi dalam masa yang
sama kita terlalu mengawal. “๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ? ๐— ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜? ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜?” Soalan macam ni buat signal jadi berat. Kita hantar frekuensi takut tak cukup, lalu realiti pantulkan rasa tak cukup tu semula.


​Bila kita memberi dari hati yang lapang, tanpa tunggu balasan, kita buka aliran baru. Mungkin orang yang kita bantu tak balas, tapi Allah boleh buka pintu lain. Pelanggan datang, idea muncul, peluang terbuka, hati jadi ringan.

​Dalam Tauhid, semua milik Allah. Kita cuma pemegang sementara. Jadi, bila Allah menggerakkan hati untuk memberi, itu tanda aliran sedang berjalan. Beri dengan sedar, bukan untuk dipuji, bukan untuk nampak baik, tapi kerana hati rasa lapang.
​Alirkan rezeki bukan bermaksud boros. Alirkan maksudnya guna duit dengan kesedaran. Bayar hutang dengan tenang. Belanja keluarga dengan syukur. Sedekah ikut kemampuan. Invest pada ilmu. Jaga kesihatan.

​Formula mudah:
​Pegang duit dengan syukur.
​Guna duit dengan sedar.
​Beri duit dengan lapang.
​Terima duit tanpa rasa bersalah.
​Lepaskan hasil tanpa menggenggam.
​Rezeki yang digenggam akan terasa sempit.

Rezeki yang dialirkan akan memberi rasa hidup.
​Bila hati tenang, aliran pun jalan dengan lancar.





Comments