πππππΌ π½πππΏπΌ ππΌπ π½πππππΌπ πππππππΌ...
Satu ketika pernah aku dihalang daripada menulis oleh seorang rakan. Katanya aku banyak menggunakan bahasa yang agak kasar. Perkataan “aku” yang aku gunakan dalam penulisan juga dia kata kasar. Jika nak menulis dan menyampaikan sesuatu ilmu, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama, kita kenalah menjaga adab serta tidak menggunakan bahasa-bahasa yang kasar dan perlu mengemukakan bukti dalil-dalil al-Quran dan hadis-hadis yang sahih untuk mengukuhkan tulisan aku. Dari satu sudut, ada benarnya juga kata-kata seorang rakan ni. Namun begitu, kebenaran dilihat dari pelbagai sudut bukan satu.
Dari sudut pandangan aku pulak agak berbeza. πππππΌππΌ ππππΌππ πππΏπΌπ πΏπππΌππππΌπ ππππ‘ππ π½πππΌπ Al Quran dan Al Hadis adalah sebagai sumber rujukan kita semua manusia. Namun begitu, sekiranya sesuatu ilmu itu secara literal kita rujuk kepada al-Quran dan hadis semata-mata, bermakna ilmu Yang Maha Berilmu itu tiadalah Ketinggian dan Tidaklah Luas, sedangkan rata-rata kita semua tahu bahawa Yang Maha Berilmu itu adalah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Luas. Maka sumber rujukan juga sepatutnya luas dan tidak terbatas.
Untuk kejut dan ‘memukul’ akal manusia ni, bagi aku kita perlu gunakan bahasa-bahasa yang tajam, yang satira dan kadang-kadang ‘kurang ajar’. Kalau tak… akalnya tidur. Agak kurang dijumpai manusia yang mempunyai “common sense”, suka nak π½πππππππ, malah kebanyakan biasanya akan mementingkan diri, ambil kesempatan, suka mengatur hidup orang lain, pemalas, nak senang, nak menang dan nak kenyang. Jadi orang-orang macam ni lah kita nak hidupkan (kejut) bangkit dari kubur (ketiduran dalam diri sendiri)
Sebelum mengakhiri tulisan ini suka aku nak petik hadis daripada Buya HAMKA seorang ulamak lagenda Indonesia yang terkenal. Beliau juga banyak menggunakan bahasa majaz dan kadang kadang sindiran yang agak tajam dalam penulisannya. Sebagai contoh petikannya :
"Kalau hidup hanya sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja hanya sekadar bekerja, kera juga bekerja."
Tidak ke kasar bahasa ni? Membandingkan manusia yang tidak bermoral dengan babi dan kera.
Beliau membandingkan hidup tanpa tujuan dengan hidup babi dan bekerja tanpa integriti sama dengan kera bertujuan agar si pembaca merasa malu jika hidupnya hanya sekadar memenuhi keinginan/kehendak (makan/minum, tidur dan berkembang biak) tanpa ada nilai tambah sebagai manusia.
Nilai tambah sebagai manusia ini pula seharusnya dan sebenarnya menaik, bukan menurun, bukan pula statik dan bukan pula kejap naik kejap turun. Barulah πΌππππΌπ boleh terbentuk.
Akhir kata, aku rasa tak perlu untuk aku πππΌπππΌπ bukti dalil-dalil al-Quran dan hadis-hadis nabi untuk mengukuhkan penulisan aku. Tujuan aku ialah supaya sesiapa yang mahukan πππ½πππΌππΌπ pasti dia sendiri akan mencari sendiri dan berfikir, menghalusi serta mengamalkan apa yang dia dapat dan pelajari. Ini lebih afdal dan lebih berkat.
~Panrita
Comments
Post a Comment