𝙏𝘼𝙆 𝘼𝘿𝘼 𝙎𝙄𝘼𝙋𝘼 𝘿𝘼𝙋𝘼𝙏 𝙏𝙊𝙇𝙊𝙉𝙂 𝙆𝘼𝙐

Setelah menjangkau usia separuh abad, kini sedari bahawa semakin banyak ilmu yang aku pelajari, kaji dan dalami rupa-rupanya semakin banyak lagi yang aku tak tahu. Banyak juga buku-buku aku baca (selain dari berguru ke sana dan ke sini). Maka akhirnya aku sedari bahawa segala ilmu yang dicari, dikaji dipelajari dan diterima sebenarnya tidak lain adalah semata-mata untuk 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 akhirnya. Bukan untuk orang lain.

Maksud bukan untuk orang lain ialah….Bukan untuk tunjuk pandai pada orang lain, berlagak kononnya kitalah yang paling tahu dari orang lain, kitalah paling banyak ilmu dari orang lain dan seumpamanya. Bukan! Bukan juga untuk mendabik dada memecah debat atau mencantas hujah-hujah ilmuwan dari orang lain dan bukan juga nak membetulkan diri orang lain. Tak!..bukan rupanya. Sekali lagi aku ulang ia adalah semata-mata untuk 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜.

Secara peribadi aku nak buat pengakuan bahawa tak semua buku yang aku baca, aku boleh ingat apa isi kandungannya. Mungkin ada-lah sikit 𝘱𝘰𝘪𝘯𝘵 yang penting yang masuk dalam memori otak ketika membaca. Apakah engkau pun sama??

Itu sebab kadang-kadang aku suka post tulisan, kata-kata atau quotes yang aku anggap penting untuk aku abadikan pada medsos aku seperti iG, FB ,Threads & X agar aku boleh baca balik serta mengingatkan diri aku sendiri dan kadang-kadang aku menulis kembali apa yang aku olah dengan pemikiranku tak ketinggalan juga dari penghalusan yang aku dapati dari kefahaman dan pengamalan ilmu-ilmu yang diterima.

Sewaktu awal pencarian aku untuk memahami erti kehidupan di alam dunia ini iaitu lebih kurang 30 tahun lebih yang lampau, terdapat banyak, malah pelbagai persoalan sering bermain dalam pikiranku mengenai kehidupan. Namun kini dah 𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 persoalan dalam diri aku. Hampir je ya bukan tiada langsung. Hampir! 

Satu kata hikmah mengatakan: “𝘋𝘪𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘶𝘮𝘱𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘶𝘵𝘢𝘯”

Nama pun laut..dah tentulah ada tempat yang dalam lagi dalam hingga tak nampak cahaya matahari. Gelap.. Kadang-kadang tenang, kadang-kadang bergelora, kadang-kadang bila time ribut atas laut diliputi awan yang tebal lagi gelap serta petir dan halilintar. Kalau bahtera tak cukup kelengkapan boleh terbalik, terlungkup dan karam dibuatnya. Kemudi kena jaga. Nakhoda bahtera kena cekap, pantas dan tuntas akal pikirnya. Kalau tidak…..‘mampo la ngko’ !

Apa kesimpulan yang aku boleh buat ialah segala apa pengetahuan yang kita ada akhirnya semua itu adalah hanya untuk membawa 𝗕𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 (diri) 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡 (kehidupan) dengan penuh hikmah, berbudi pekerti yang mulia dan lebih baik lagi kalau boleh mencapai kepada sifat yang terpuji kemudian kita sebarkan atau tinggalkan segala pengetahuan ini untuk ahli keluarga serta generasi akan datang. Tidak ada yang lebih atas dari ITU. 

Sebabnya kenapa aku kata macam tu ialah kerana aku ada terbaca satu petikan ayat dari Al Quran di mana ia mengatakan bahawa pada akhirnya nanti apabila kita nak kembali kepada pencipta kita akan meninggalkan 𝗦𝗘𝗚𝗔𝗟𝗔𝗡𝗬𝗔 di belakang kita dan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Kita tak bawa apa-apa, datang sendiri dan kembali pun sendiri. Datang kosong balik pun kosong. Tiada penolong dari tok tok guru, tok tok sami, atau dari apa saja yang 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗞𝗔𝗡 dapat menolong kita pada akhir kehidupan nanti. Tak ada!

Panrita,
4 June 2026









Comments